Wednesday, January 30, 2013

cringe.




haha baru beberapa entry, sudah ada ura-ura nak wujud entry meroyan ye? aku sedih dan marah tadi. but now dah okay. emosi emosi emosi.

venue dah confirm. date pun dah confirm. yang tak confirm pasangan pengantinnya hahahahaha. emo aku tauuuu pasal venue dan tarikh ni. memang nak kahwin, tapi kadang orang ni mudah buat interpretasi yang aku ni acuh tak acuh nak kahwin. hoi, lama lagi kot. lek arrrr hihihi.

for so many many reasons, aku berkeras untuk buat majlis di dewan. call it grudge, hatred, whatever - aku tak boleh terima walau apa pun alasan dia. orang lain nak move on, nak anggap as if that thing never happened, go ahead. tapi aku takkan okay. huh emo pulak hahaha. and sebab tu jugaklah, aku and my other half fight untuk buat di dewan - whatever it takes, kami dah bersepakat membawa berkat ecewaaah.

lagipun, kang keti kami dua meratap hiba banjir berjejer sapa nak tanggung? malaysia sangat panas okay hahahaha.

dah dah tamau dah dengar emo-emo pasal ni lagi, okay? tamau dah cakap pasal status keluarga ke kaya macam dalam drama melayu ke apa ke okay. hahahahah amboi cakap kat diri sendiri kewwww.

dear awak, saya akan tetap memperjuangkan misi kita. chayok chayok! 

Sunday, January 27, 2013

of events.

Blue and grey wedding inspiration
nikah.
royal blue, powder blue, grey, white.

reception 1.
pink (whichever) and grey.

reception 2.
black and white. with the touch of silver/grey kot.
yang ni tak betul-betul finalize lagi.


we both love grey, kan?
sukaaa sangat.
hikss.

dah. 
berangan je ni.
hahaha.

Saturday, January 26, 2013

laporan emosi semasa.


sejak dua menjak dah kengkonon confirm nak kahwin ni, aku rasa aku antara pengantin yang bertenang dan masih belum menjadi bridezilla. persiapan super slow, sedikit pun aku tak ada detik kerisauan tak sempat ke apa ke hahaha berlagak kan? esok-esok ku tak tahu laaaa.

so far yang aku tahu, mama dah panggil tailor datang ukur untuk langsir. tu pun kain tak bagi lagi. hantaran, masih tiada yang pasti. yang aku tahu, my other half punya warna tema dah ada; and i already have the idea nak deko macam mana. yang aku punya masih blur-blur. tapi tak risau dan tak kalut sebab mama adalah penggubah hantaran hehehe.

dua tiga hari ni, aku asyiklah emosi. almaklumlah si bulan mengambang hewhewhew. aku cakap pada my other half, aku tahu aku dahlah paksa dia kahwin, dia stress sangat dah pasal tu. kedua, tetiba nak ada pelaminan bagai ni. siap dia perli melawak-melawak lagi buat gaya terkudut konon nak kena tepung tawar. geraaammm comel sangat tau hahaha.

walaupun kadang my other half tensi dengan paksaan aku kena kahwin jugak tahun ni, bagusnya dia tak verbal sangat hahaha. aku la pulak yang rasa bersalah. knowing him aku tahulah dia stress walaupun dia tak cakap. maaf awak. 

dah tak tertanggung bosan dan sunyi when he's not around. blame me, aku memang dah gatai sangat nak berlaki. 

hahahahaha.


hantaran dan mas kahwin.


i found an article pasal perempuan dan hantaran. menarik jugak. topik ni sensitif among eldest and sesetengah perempuan. aku? aku pun rasa sensitip jugak bahahaha.

pemahaman aku pasal duit hantaran ni mudah aje. lebih kepada konsep membantu untuk buat walimatulurus je. nak menghebahkan yang kita ni dah kahwin. banyak ke sikit ke jumlahnya, sendiri decide lah. bincang elok-elok. janganlah menekan satu sama lain sebab pasal duit ni, orang sanggup berbunuhan inikan pulak nak putuskan hubungan sesama manusia. 

berbalik kepada konsep yang aku faham tu. since itu adalah sebagai wang ihsan untuk kita buat kenduri, maka kita kenalah ukur baju badan sendiri. kalau pasangan kita mampu bagi banyak tu je, tak sebanyak artis-artis dapat; bersyukurlah wahai perempuan. dalam islam, seingat aku tak ada kita diajar pasal duit hantaran yang tinggi sampai boleh rabak tersiat dompet kulit ni hahaha. buatlah majlis yang berpatutan dengan duit yang kita ada. simple takpe, janji berkat. ecewah kau pandainya aku cakap hahaha.

yang penting maharnya. ecewah bahasa arab tu. bahasa mudah, duit mas kahwin la. sebab itu hadiah sang suami pada si isteri. aku lagi teruja kalau tetiba my other half kata, "luf, i nak bagi you mas kahwin tiga juta." sebab itu hadiah buat aku. penghargaan suami buat isteri. "wow, tiga juta, luf? makcik kayo!" jawab aku. but that's not gonna happen la hahaha. tiga juta tengkorak kauuu hahaha.

paham tak? paham tak point aku? aku memang redha; berapa pun my other half bagi aku terima dengan hati yang ikhlas. serius ni. sebab pada aku janji aku kahwin hahaha. so biarlah dia memberi ikut kemampuan dia. aku kenal my other half in and out, aku tahu dia lagi bijak berfikir daripada aku yang kadang emosi melampau ni hahahaahahah. duhh kalau tak bijak idokle aku nak berlakikan dia, ye dak? hihihi. all this while pun, dia sentiasa menjaga kebajikan aku. so why should i doubt him this time? 

benda-benda melibatkan kewangan ni pada aku, elok berbincang dari hati ke hati tanpa ada pihak lain masuk campur. kalau rasa tak cukup juga, apa lagi salinglah bantu membantu kan. jangan harap orang lelaki je, kita pun kena menyumbang jugak. after all, ini kan majlis kita berdua. amboi kelass bahasa aku macam artikel majalah hahaha.

jangan sedih-sedih ye kawan-kawan. perempuan yang baik adalah yang tidak membebankan suami. kita anggaplah ini pengorbanan kita yang suci murni buat suami. semoga kebaikan kita buat baik dengan ikhlas untuk suami ni dapat bantu kita di akhirat kelak. 

pikir-pikirkan dan selamat beramal!

sekian, 
ustajah kelam-kabut hahaha.

p/s: kemain meremang bila guna perkataan 'suami'. adoi mai dah gatai aku ni! haha.

Friday, January 25, 2013

alkisah tentang pelamin.

alkisah maka tersebutlah kisahhhhhhh...

as many would have known, aku adalah seorang yang sukakan benda yang easy peasy, tak menyerabutkan otak. konon nak nikah di masjid sebab mudah tapi mama semangat nak buat kat rumah. my mom is so proud dengan rumah dia. i know, i know mungkin akan ada yang kata rumah mak aku tu biasa-biasa je - tapi nilai sentimental tinggi rumah tu. in fact, aku banyak tahu pasal construction daripada rumah tu la. onak ranjau duri dah dilalui dengan rumah tu amboi bahasa indah hahahah.

lagipun, mama kata papa would be happy tengok anak dia nikah di rumah. tapi papa dah takde. ishh sedih sebak pulak hahaha (gila gelak pulak aku ni sambil kelip-kelip mata jangan bagi airmata jatuh hahaha). 

bagi aku pulak, aku dah banyak tengok orang buat tak tentu hala kat masjid ni time akad nikah. aurat tak tutup dengan sempurna, kebersihan tak jaga, bising cerita hal dunia etc. lepas tu aku tak dapat nak nikah di masjid terdekat sebab bukan mukim pejadah tu. masjid mukim aku jauh jugak aku rasa. dalam 15 minit, tu dah campur keadaan trafik.

apa pun, kat masjid ke kat rumah ke, aku kena ada jugak tabir ni hahahaha. untuk pengetahuan sekalian, aku MESTI cover markas mak aku buat kerja gubah hantaran dan menjahit ni. lagi rela noksssss nak buat simple mini pelamin daripada kena kumbah kemas  tempat tu hahaha seriously tak tipu.

so bermulalah pengembaraan menggugel aku ni mencari design yang doable dek aku yang kesuntukan masa dan tenaga ni. tengoklah apa jadi nanti okay. kata pun pengantin kucar-kacir hahaha.








moga dipermudahkanla ye.
nak bina masjid ni huhu.

Wednesday, January 23, 2013

berangan hantaran.

untuk hantaran, we have decided nak bagi sama banyak. 
tujuh balas tujuh.

meh berangan hahaha.



berangan nak letak perfume banyak macam ni hahah.

haven't decided nak chrono ke biasa; but definitely casio.


something simple. not too expensive. definitely not coach. haha.

timberland sandals for women 2011
sandals, for sure. aiming for camel or timberland. tengoklah mana yang lebih selesa.

ha lempar je semua senang kerja hik hik.


Simple tapi cantik. 


ommm nommm nommm. yang ni my other half boleh buat heheh.


cincin, mas kahwin buat sekali la. mudah kennn. 


duit hantaran dah diputuskan untuk dirahsiakan, so it will not be among hantaran lah. jam will be put together dengan handbag or kasut. so that will be in one tray. aku rasa canggung kalau satu dulang ada seketol cinonet je item. 

untuk hantaran my other half, nanti aku suruh dia buat kat blog dia, aku paste kat sini. senang nak ingat kan hewhewhewww.

macam tak percaya dah nak kahwin akhirnya hahaha!

Tuesday, January 22, 2013

hantaran tak jadi.


this is supposed to be the perfume for my hantaran.
namun, atas sebab yang tersendiri maka tak jadi.

Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat aku rupanya.
so, bolehlah melenjan perfume ni hehehe sukanya!

Thursday, January 17, 2013

bakal pengantin.

yuppppp. 
i have to own this for the sake of my sanity.
ecewah kau alasan. 
esok lusa entah sempat nak update ke tak ni hahahaha.

i'm excited to get married.
but not so much into the preparation.
boleh?
hahahaha.

my other half suggested 'bridezilla' untuk dijadikan tajuk.
hahaha perli ke apa tuh hehehe.

but nope.
i'm not a bridezilla and try not to become one.

we'll see that.
haha.