Thursday, April 25, 2013

proses memiliki baiti jannati.

hari ini entri sedikit ilmiah. ini berikutan nak menjawab pertanyaan rakan-rakan yang datang pada masa yang tidak serentak membuatkan aku rasa macam kaset rosak pun ado hahahaha.

sebagai peringatan, entri ini bukanlah bersifat takabur mahupun bongkak dan riak, cuma nak berkongsi pengalaman membeli sebuah rumah yang tidaklah mewah tapi cukup mahal buat aku hahahaha. bukan mudah ye, nak menambah hartanah di kawasan selangor ni. sengkekkkkkk.

aku mulakan dengan proses pertama; mencari rumah idaman. idaman ni besar maknanya. ada orang, rumah banglo adalah rumah idaman. ada orang, rumah teres lot tepi. ada orang, minat cuma kondominium or apartment. aku? aku minat rumah murah hahahaha. disebabkan bajet aku kecil, aku memang usha apartment saja. mujur juga memang aku minat apartment plus memang sedar diri hahaha. 

masa mencari rumah, aku setkan budget siap-siap. syukur berkat pernah bekerja bank dulu, aku adalah kawan yang boleh dijadikan rujukan. penting, okay. sebab each time ada rumah aku berkenan, aku akan cari sahabat aku yang satu ni untuk tanya pasal installment la legal fees la market price la macam-macam lagi la. dia pun tekun je melayan. mencari rumah yang berada di dalam jangkauan bajet dan memenuhi citarasa adalah sangat payah. aku mengambil masa almost two years. dalam tempoh masa tersebut, aku mendapati bahawa aku cuma mampu membeli rumah di bawah harga 100k. penting ni tau. kena tahu berapa monthly commitment kau mampu nak bayar. tambah tolak hutang semua so kena ambil kira saving bla bla bla. pendek kata, tahu dulu kemampuan komitmen bulanan baru house hunting. tu cara aku la sebab tamau menanggung duka lara kecewa dah tengok rumah yang best, sekali tak mampu pulak untuk bayaran bulanan dan deposit hahahahaaa banyak kali dah kena cisss. 

ini satu lagi pesanan khidmat masyarakat: ada beza diantara beli rumah daripada developer dan subsale (beli atas orang). dalam kes aku, aku beli subsale. sebab area aku nak beli ni kalau nak beli yang baru jawabnya kena gelak dengan pihak bank. mak tak mampu, nakkkk. harga sampai setengah juta mana nak cekau duit nokkk. mengemis nanti hahaha.

okay, ni pulak masa pergi tengok rumah. kau kena be a little meticulous jugaklah. tapi dalam kes aku jatuh cinta pandang pertama so tak tengok sangat hahahahha. lebih kepada nak grab je sebab harga dah mampu milik; dan aku dah semakin ada kesedaran bahawa kalau beli rumah baru pun ada je menda nak renovate, beli subsale lagilahhhh. and lagi satu, kawan aku dah tengok rumah tu sebelum aku, makanya adalah gambar-gambar dia ambil. lepas bincang ala kadar dengan other half, aku decide untuk proceed je.

aku cuba jugak nak nego, tapi dapat kurang tak banyak. still below market price so aku setuju je cepat-cepat. aku cuba minta mark up loan; owner rumah was a bit hesitant at first tapi mungkin dah rezeki tetiba je dia setuju. so aku dah banyak jimat kat situ.

aku ingtkan akak yang bawak aku tengok rumah tu adalah seorang ejen, tapi entah mungkin rezeki aku akak tu sangat baik membantu and tak pushy pun nak duit 3% tu. terus dia dealkan aku dengan this lawyer (yang super baik jugak) tanpa aku perlu bayar booking fee whatsoever.  akak tu cuma suruh ready kan 10% je, nanti lawyer dah siap s&p agreement baru bayar. akak ni punya la baik siap tolong check kan lagi berapa aku boleh amik loan, and market price rumah, dan memberikan aku contact-contact pegawai bank yang boleh bantu aku apply loan rumah. siap dia pulak yang call aku bimbang masalah loan aku tak setel hahahaha suweet nye akak ni nanti aku belanja makan.

lama aku tunggu lawyer suruh bayar sampai naik bimbang hahahaha. selalunya pembeli culas nak bayar, yang aku ni pulak kemain teruja. aku pinjam duit mak aku sebab aku memang tak ada cash and aku plan nak buat personal loan nanti untuk bayar balik (jujur je hahahha). betul, aku nekad nak beli rumah tanpa ada sen dalam tangan. mujur ada mama hewhewhew. 

mungkin uols kata kenapa aku tak guna EPF untuk bayar rumah kan? reason dia, aku memang guna akaun EPF aku untuk pendidikan. sobbbsss. aku anak yatim, noksss. belajar bayar guna duit sendiri hahaha.

okayh berbalik kepada cerita beli rumah. sebelum nak sign s&p agreement tu, aku siapkan bank draft dulu. buat salinan tau untuk simpanan sendiri. aku keep everything daripada mula deal nak beli rumah; dari kertas sekecil-kecil ke sebesar-besarnya aku letak dalam satu sampul. tak susun je lagi hak hak hak. dah sign tu, aku kena bayar lawyer agak mahal jugak. almost 3k hohohoho. dia bagi diskaun tapi 2 hengget je hahahahaah.

kat sini sebenarnya aku tak tau boleh nego. sebenarnya boleh mintak diskaun. tapi aku rasa harga aku bayar tu berbaloi sebab lepas tu aku ada masalah sikit sangkut dekat loan. ni satgi la aku cerita. akak lawyer kata, kalau lawyer loan pun amik dengan firm diorang, maka aku entitle untuk dapat great diskaun. how great tu aku tatau la sebab dia bagi rough quotation pun dah lebih 4k hahahhahaha sengkek weh kalau takde cash dalam tangan.

bila dah ada s&p tu barulah boleh apply loan secara berleluasa haha. tapi aku cuba tiga bank je. lagi dua bank tu pun sebab bank pilihan hati tu banyak cekadak plak. aku cuba bank islam, cimb and maybank. yang paling pantas is maybank. ko apply harini, lusa dapat jawapan. pehhh lajuuuu hahahaha. aku terpaksa reject pasal dia conventional dan beberapa alasan lain. aku memang nak yang islamik. aku apply cimb sama hari dengan maybank. ambil masa less than two weeks untuk approve. bank pilihan hati aku which is bank islam sampai ke sudah tak approve sebab dia rigid sikit. dia bukan check purchaser yakni aku je, tapi vendor sekali. susahla bila vendor punya track record tak bagus. aku dah wasted sebulan dah menunggu bank islam punya process and procedure sampai lawyer and akak bank tu pun give up hahahaha.

kalau baca cerita orang lain, banyak yang pergi survey bank sana sini. aku tak survey pun main grab je mana mudah sebab pertama aku super busy, kedua aku malas. jangan tiru macam aku tau. kalau korang banyak masa dan rajin silakanlah. 

so tadi aku dah sign agreement. aku cerita setakat ini dululah. ada lagi nak cerita detail pasal MRTA vs MLTA, fire insurance, kos valuer, etc tapi ni pun dah panjang. later aku story lagi. hope this helps la kepada siapa nak beli rumah k.

Sunday, April 21, 2013

things you don't say to a bride to be.

situasi pertama.

bakal pengantin: kak, spender ni berapa kak?
akak avon mulut celupar: murah je, dik. tiga rm15 akak bagi.
bakal pengantin: size ni je ke kak? ada besar lagi?
akak avon mulut celupar: eh ni okay ni. muat ni. ko anak dara lagi mesti muat.
bakal pengantin: tapi kak ni saiz kecik ni. tak muat ni.
akak avon mulut celupar: haih ko ni. mak kurus anak gemuk gila.
bakal pengantin: wtf. *sumbat spender dalam mulut akak tu*

hahah sah sah la yang last tu imaginasi aku je.


situasi dua.

bakal pengantin: semekommmm. akak datang nak amik baju.
tukang jahit: ha masuk la. 
bakal pengantin: ehh cikgu kiah pun ada ha.
cikgu kiah: aah datang nak hantar baju jugak.
bakal pengantin: maaf ye cikgu, nak pegi tengok baju kejap.
*masuk bilik*
tukang jahit: ha akak nak cuba dulu tak?
bakal pengantin: tak la kot. nak cepat ni. *sambil belek baju*
cikgu kiah: haaa muat ke tu. amboi sakan badan gempal pun nak peplum bagai.
bakal pengantin: wtf kau tetiba muncul menyibuk ni. *sumbat baju dalam mulut cikgu kiah*

hahaha punnnnn yang last tu imaginasi aku je.


bodoh la uols ni. sakit hati mak tau. 

of tailor.

aku masih kebingungan pasal tailor.

ingat dah settle, tapi tailor pula buat perangai. baju belum siap, sudah minta duit. aku pulak baik; ingat orang susah nak pakai duit tulus je bagi hahahahha. aku dah cakap, this weekend nak ambil. dia kata okay.

so petang tadi aku text lagi. just in case. senyap je tanpa balasan.

tup tup almost at 1 am, dia text tanya aku dah tidur ke. i replied not yet and asked her why. she called - just to inform baju aku tak siap.

hilang mood aku nak melayan. macam-macam alasan bagi. marah pun tak guna. terus email unaisah azlan hahahah tak menahan taste tak sedar taraf ekonomi.

saja jelaa. kot ada rezeki. aku dah semacam give up nak pergi tailor cikai-cikai ni. sorry to say. bukan salah uols; salah i sebab gemuk.

haishhh terus down takda mood dah.

Saturday, April 6, 2013

perihal memeningkan.

mama menolak seratus peratus idea memberikan gift berupa makanan kepada tetamu. justifikasinya mudah; kalau lebih nanti jadi membazir. puas aku fikir, apa lagi yang boleh diberi tetapi masih dalam lingkungan budget. memanglah mama ada offer nak bayar, but takkan semua benda nak guna duit dia; baiklah mama yang kahwin kannnn hihihi.

then, aku terfikir nak bagi gelas. gelas ikea adalah pilihan sebab dah tahu harga. yang lain tak sempat (dan malas) nak pergi survey. mama nak ajak pergi chow kit untuk check harga etc, tapi baik aku ready awal-awal apa lagi nak tengok. plus, my other half tak berapa gemar gift gelas sebab menurut beliau, takut pecah or serpih ke. susah nak handle, which i agree so much.

fikir punya fikir selama beberapa hari ni, aku mendapat satu idea. hihihi. sebenarnya pernah terfikir pasal ni cuma tak sebegitu serius plus aku ingatkan harganya mahal. bila dah google, macam okay pulak hihihi. cuma mungkin akan buat few modifications supaya lebih menepati citarasa mak aku hahaha. kalau ikut aku, bekas kosong pun jalannnnn janji comel. 

meh cuci mata.





berkenan sangat dengan gambar last. 
tengoklah masa majlis jadi macam mana hahahaha.