Thursday, February 28, 2013

perasaan.

aku lately memang mellow sikit.
entri pun nak mellow je.
ada masa sedih ada masa gembira.
gila barangkali.

tapi aku syak ni angkara hormon ni tak lain tak bukan hahaha.

entri sebelum ni berpunca daripada pemerhatian aku sahaja.
tak ada kena mengena dengan hati dan percintaan.

semua orang kena jaga percakapan.
mesti jaga budi bahasa.
kan?

aku rindu mama.
rasa bersalah pun ada.

sedihlah.
tak tahu nak mula cerita macam mana.

macam mana la bila aku dah kahwin nanti kan.
boleh ke lepak lelama rumah mama nanti.
sembang sembang perihal itu ini.
gaduh tu kompemla hahaha.

hadui sedihhhh.
sobbbbsss.

Wednesday, February 27, 2013

tanya sama hati.

kita gurau ke, tak gurau ke, dah hati nak terasa tak boleh nak kata apalah.
i couldn't simply justify my action, saying that it was merely a joke.
to some, it may not be funny at all.

it's also a little reminder to myself to watch over what i say.
i can ask for forgiveness, and people can forgive.
but they will never forget.

even if it means nothing bad.
even if i didn't mean to hurt.
but at the wrong time, wrong place - it could turn out differently.

this is just a little reminder to myself.

jangan buat sampai orang terasa dia tersua-sua.
semacam bertepuk dengan angin.
sepi tanpa balasan.
kita rasa itu tak apa, tapi public judgement can be different.

kita ingat, kita bergurau.
kita melawak.
no harm at all.
tapi lain padang lain belalang.
lain orang lain cara fikirnya.

in the end, kita lukakan hati dia tanpa sengaja.
benda yang konon nak melawak je, dah tak selawak mana pun.
menyusahkan lagi ada.

and again, this is just a little reminder for myself.

perempuan ke.
lelaki ke.
kita sama.
punya hati dan rasa.
jantina apa pun dia, pasti boleh terasa.

it may have nothing to do with me; i am very observant in nature.
i see, i hear, i learn.
and i write it here.

so that i will be reminded; never treat people the way i hate to be treated.

i am forgetful, but ada benda kita takkan boleh lupa.
sampai bila-bila.

Monday, February 25, 2013

menyuburkan cinta.

ecewah tajuk entri geli hahahaha. i read an article which i think would be helpful for me and my future spouse. hik hik gelak gatai.

can refer here: Love and Relationship.

jom cuci mata tengok cincin. cuci mata je okay. saje je.



Thursday, February 21, 2013

terima kasih, awak.

i can relate with this video.
because i was one of them.

long time ago, i thought nobody would love me.
because i was ugly.

i was short and stinky.
i am still short. 
but hopefully no longer stinky.
hihi.

things started to change.
when i no longer care.

that moment, i realize.
i'm beautiful.

myself is beautiful.

doesn't matter how i look.
my heart is.

and today, my beautiful heart is stolen.
but in a good way.

thank you.
for being beautiful too.
for seeing the beautiful me.
for seeing beyond the looks.

i love you.

Monday, February 18, 2013

hantaran buat si dia.

berikut adalah apa yang telah beliau senaraikan untuk barang hantaran dek kena paksa dengan aku hahahaha. bukan apa, aku ni pelupa. so senang refer kat sini je nanti ecewaaahh ye ye je hihi.


katanya nak edifice, bajet tak lebih rm300. 


set perfume/toiletries tak lebih rm200. aku kengkonon nak buat macam aku punya jugak tapi tuan badan tanak, jimat duit ahkakkk hahaha.


gps device. sesuai untuk laki bini kaki jalan nak merayap hahaha.


jersey arsenal. walaupun asyik kalah once gunners always gunners la hahahah. janji awok happy la ye sayang.


ahkak suka macam ni. laki tak suka plak hahah. janji awok suka la ye sayanggg.


mangga mangga mangga. kalau ada musim harum manis la ye. kalau takde sebat je apa ada hihihi.


sirih. tamau tinggi-tinggi sangat. susah nak bawak. kang sirih meratap pilu jadinya. hahah.

eh dah cukup tujuh. tak jadilah satu dulang barang rahsia hahahaha. 

Thursday, February 14, 2013

kepala hantaran.

nak pilih sirih junjung pun boleh rambang mata. lawa-lawa semuanya wehhhh hahaha. but in the end, of course la pilihan aku yang tak keterlaluan, simple, and practical. paling penting aku retila nak buat kalau tak dah macam mana pulak kan ahahaha. oh ye, dan bunga tak banyak sangat sebab macam bazir je lainlah kalau pakai bunga kertas hahaha. sirih plastik, bunga plastik, sorry. aku terasa seperti palsunya cinta mu kalau pakai plastik ecewahhhh kau gedikss. tak, tak. aku memang suka bunga hidup, sirih hidup. 'feel' dia lebih sikit. buatkan untuk orang pun dah terasa feeling-feeling gedik teramat, nak pulak sendiri punya hahahah. jom layan gambar ambil dari google.












4325008678_2192f8766e.jpg (332×500)

cymbedium1n

uishh rambang mata ahkakkkk. 

Wednesday, February 13, 2013

tetapkan iman.

aku mohon ditetapkan iman.
moga yang termaktub dapat aku laksanakan.

hoihhh jauhkanlah godaan tak berpekdah ni wehhh hahah.


Sunday, February 10, 2013

untuk renungan.



" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 

You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 

You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


-Heba El-Haddad-

taken from here.

Tuesday, February 5, 2013

selamat ulangtahun yang ke lapan.

today has marked the eighth year we've been together as a couple. we've known each other since we were 16. how time flies hihihi.

daripada kurus menjadi montok.
daripada dunia seorang pelajar now sudah pun ada kerjaya.
daripada cuma ada degree now berangan nak ada phd hahahaaaaaaaaa (panjang sikit gelak sebab takut hahahah).
daripada naik pengangkutan awam sampai dah ada kereta wiuuuuu.
daripada takda duit dulu now dah ada duit cuma tak banyak sangat je hahahaha lagi sekali.

terima kasih, sayang.

orang kata - kalau bercinta lepas kahwin lagi indah. sekarang belum kahwin pun sangat indah rasanya, aku tak sabar menanti selepas kahwin nanti.

gatai, kan?
hahahahaha.

kalau mengikut perancangan, tahun ni kami nak jadi laki bini. kononnya hari ini adalah tahun terakhir celebrate anniversary gelfren boifren. but i pray hard that it won't be the last for us to celebrate the love we have for each other.

ada banyak sebab kenapa saya setuju nak bersuamikan awak. tapi saya nak list sepuluh jela.

1. awak hensom. hahhahahaa. 

2. awak ada body yang tough. hahahahahahaaaaa. rasa selamat okay bila bersama awak. reti berlawan ke tak ke tolak tepi; tu lain cerita hahahaha.

3. suara awak sedap. hahahahahaha. dalam telefon lagi sedap. tapi tu pun kalau dapat dengar la sebab awak suka cakap perlahan dan saya pekak sikit hahahaha.

4. rambut awak unik. hahahahahahhaha. dengan cendolnya la adoiii hahaha.

5. awak tinggi. saya suka sangat dengan harapan anak-anak saya tinggi jugak. hahahaha.

6. awak sayangkan saya sangat. i can feel. and i can see it. terima kasih awak.

7. awak buat saya tak kering gusi ketawa sampai terkeluar angin depan belakang haahahahahha.

8. awak seorang yang mudah kesiankan orang tapi tak tunjuk. suweet je hahahaha.

9. mak ayah awak kata awak anak yang baik dan patuh. saya dah tengok dengan mata kepala saya. jadi saya yakin awak boleh jaga saya dengan baik jugak berkat doa mak ayah awak.

10. bila awak tak ada depan mata, saya rindu. walaupun cuma sekejap. sebab tu saya selalu tanya 'nak pergi mana' hahahahahah. sebenarnya, saya takut nanti awak hilang. hahahah paranoid kan.

many many years together, sampai sekarang bila awak tenung saya pastu senyum, saya pulak yang tersipu-sipu hahahahha sakai betul. rasa berdebar-debar okayhhhhh. ahhh gadisnya aku rasa tetiba hahaha.

ok malu ni tu yang asyik gelak je hahaha. panas muka rasa. 

happy 8th anniversary, sayangku.
thick and thin, may together we be.

Friday, February 1, 2013

of attire.

since my height is not as much as i'd love to have (aku ni pendek aje uolsss, 150cm), and my body type is considered as plus size - aku mengalami pening kepala of what kind of baju nak pakai masa nikah. semua yang aku tunjuk pada ahli keluarga, semua tak kena bahahaha *tak tahulah nak sentap ke hapa*.

memikirkan aku bekerja di satu institusi yang islamik, aku terfikirlah nak buat satu baju yang i know i can wear it again. tak membazirkan. baju kurung moden macam tak sesuai sebab mengikut bentuk badan. tapi bila nak buat jubah, nanti bila patch lace ke buat manik whatsoever ke, terus macam segan nak pakai ke pejabat bahahahaha. 

entahla nokkkkssss. meh kita layan gambar inspirasi jela okeh.

aku suka yang ni. konon berangan yang dekat area batik tu nak guna lace, the rest pakai chiffon. yang dekat bawah tu patch lace jela. (omg can't believe i'm talking about this hahaha).



yang ni confirm boleh bawak masuk office. problemnya, sesuai ke dengan aku yang size ebony tapi rendang ni hahahahah.

 omg aku suka giler yang ni sebab warna favourite hahaha. plussss aku suka top dia. simple yet sangat cantik.


aku rasa towards the end, paling selamat is kurung moden la kan. yela, takkan aku nak pakai gala macam ni pi pejabat hahahaa. memang jawabnya tersimpan rapi la baju aku ni macam bazir pula. ewah kauuu kenkonon nak majlis simple and budget kemain lagi berangan hahahah cakap tak serupa bikin betul. tapi mak-mak sekalian, ni namanya angan-angan sahaja. jangan risau sebab aku seorang yang bersifat realistik walaupun ada sedikit materialistiknya tu hahahaha. 

cumanya, among my concern is nak hantar kat sapa untuk jahit ni. of course la beratus jugak nak kena spend untuk upah je adohaiiiii. and time restriction. mengikut my other half, persiapan akan cuma dimulakan tiga or empat bulan sebelum majlis. dan aku adalah yang menurut perintah hahaha.

orang selalu kata, niat yang baik akan dipermudahkan urusannya. InsyaAllah. so takmo kalut-kalut, okay? *pesan kat diri sendiri hahahah*.