Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

doorgift yang menjadi pilihan.

selepas berhempas pulas bertegang urat berbulan-bulan memikirkan apa nak bagi kepada tetamu ketika majlis resepsi, akhirnya selesai juga. on the day we (me and my mom) almost bought what we had planned earlier, aku tiba-tiba rasa macam nak survey chow kit; nak tengok what it has to offer. banyak blog aku baca kata kat sana banyak barang murah. so with the empty mind and not knowing what we could find, aku pun pergilahhhh. 

mak aku memang dah tahu, tapi dia kata in the end it is up to me to decide. so dia bagi je aku wandering around. nak jadi cerita and rezeki pengantin bajet (aku la tuh haha), aku masuk this one kedai yang instantly aku jatuh cinta sebab kedai dia very neat i tell you. kemas, bersih, tersusun and ada great discounts! tu wajib la kan dah kata bajet hihihi. masa masuk kedai, terpamer depan entrance barang-barang yang konon super bargains la kan. aku dah terpikat this one item tapi bila tanya stok takde so kena campur-campur design. tawar sikit hati tapi masih terasa nak beli. sambil tu kami round dalam kedai, i found something which i think is practical cuma harga dia over the budget.

muka sememeh je pegi dekat cashier tanya, kalau beli banyak boleh diskaun tak? dia kira-kira, end up harga dapat ikut bajet asal. terus make the purchase hihihi dalam sehari settle hal doorgift. aku happy, mama pun happy. kami bayar extra RM30 mintak dia hantar ke rumah sebab total ada dalam 7-8 kotak memang tak mampulah nak bawa dengan kereta sebab berat kennnn. a week later, barang sampai and kami pun happy je hihihi.

nanti aku letak gambar. for now aku tak transfer lagi. dah mengantuk. esok kalau sempat will blog about bridal yang ditaja bakal biras. hik3 rezeki nak kahwin. 

nite peepsss.

Saturday, June 8, 2013

dugaan nak kahwin.

the time has come, finally. entah kenapa aku macam nervous gila hahaha. nervous nervous nervous. lagi nervous bila masa dah tak banyak. kerja pejabat is piling up. research work delay. haihhhhh. 

tadi dugaan. tapi aku anggap itu semua cabaran buat aku dan my other half nak kahwin. yela, orang kata somehow time darah manis ni cabaran macam-macam kan. panas asyik nak gaduh je la, asyik emosi la dan macam-macam. so far kami terkawal la lagi bahahhaahah. in fact, bertahun bercinta pun pada aku Alhamdulillah tak ada cabaran beria sangat bahagia happy je. mungkin ini la cabaran dalam menghalalkan relationship kami. ecewah positif tak? hahaha.

berhari-hari ni aku dok survey kad kahwin. aduhaiiiii apehal mahal sangat? hahahaha macam tak berbaloi je spend beratus untuk kad yang akan dibuang. still undecided tapi aku rasa aku dah tahu apa kot pilihan di hati. tungggguuuuu.

sekali lagi pasal gift.

tadi petang dah finalize everything. harap mama setuju. hahahahha. apa giftnya? rahsia. nanti aku cerita kemudian kalau rajin.

p/s: nak kahwin memang guna banyak duit. tapi kena yakin benda baik Allah permudahkan. chayok chayokkk. 

Saturday, April 6, 2013

perihal memeningkan.

mama menolak seratus peratus idea memberikan gift berupa makanan kepada tetamu. justifikasinya mudah; kalau lebih nanti jadi membazir. puas aku fikir, apa lagi yang boleh diberi tetapi masih dalam lingkungan budget. memanglah mama ada offer nak bayar, but takkan semua benda nak guna duit dia; baiklah mama yang kahwin kannnn hihihi.

then, aku terfikir nak bagi gelas. gelas ikea adalah pilihan sebab dah tahu harga. yang lain tak sempat (dan malas) nak pergi survey. mama nak ajak pergi chow kit untuk check harga etc, tapi baik aku ready awal-awal apa lagi nak tengok. plus, my other half tak berapa gemar gift gelas sebab menurut beliau, takut pecah or serpih ke. susah nak handle, which i agree so much.

fikir punya fikir selama beberapa hari ni, aku mendapat satu idea. hihihi. sebenarnya pernah terfikir pasal ni cuma tak sebegitu serius plus aku ingatkan harganya mahal. bila dah google, macam okay pulak hihihi. cuma mungkin akan buat few modifications supaya lebih menepati citarasa mak aku hahaha. kalau ikut aku, bekas kosong pun jalannnnn janji comel. 

meh cuci mata.





berkenan sangat dengan gambar last. 
tengoklah masa majlis jadi macam mana hahahaha.

Monday, March 18, 2013

door gift or doorgift?

aku tak tahu ejaan mana yang betul. perbuatan memberi cenderahati atau buah tangan ni aku notice macam satu amalan dalam masyarakat kita. since aku tak pernah attend weddings of other races and religions, so tak tahulah hehehe.

aku pun sebagai bakal pengantin tak terkecuali dalam memeningkan diri untuk decide apa nak diberikan kepada tetamu. cuma satu keputusan yang pasti, aku kena kekang bajet sebab bajet memang ciput hohoho. dan aku memang suka challenge myself - aku aim doorgift tak lebih seringgit. hohoho kemut ke aku? ye, for some people memang aku kelihatan kedekut tapi tahukah kalian makanan tu aku tak cas kat korang pun kof kof koffffff. 

asalan idea aku adalah untuk memberikan jar yang diisi kacang sebab bersifat universal. in fact, aku dah siap email kilang minta quotation dan harga memang menepati citarasa.


harga cuma rm0.70. tetapi selepas aku berfikir panjang tentang kos kacang, sticker dan riben - zassssssss aku cancel hohoho. takpelah, walaupun aku mengidam nak buat menatang ni sebagai doorgift, aku kena sedar diri bahawa bajet ciput hahahah.

yang kedua, adalah menempah muffin daripada kenalan my other half. 


harga confirm tak lebih bajet. selama beberapa bulan aku berjaya menetapkan hati dan akal fikiran sebab fikir mudah, aku tak perlu fikir tahu-tahu dah siap semua. 

tapi mak aku sedikit menentang dia kata nanti berkulatlah simple sangat lah. aku orang muda, haruslah aku nak simple dan JIMAT hahahahaha. tapi tidak bagi mak aku. beliau berjaya buatkan aku stress seminggu lepas dengan menyatakan nak kirim kat akak aku yang ke bandung tuala muka pulak. katanya boleh start awal mendeko menatang tersebut dan tak perlu risau kalau gift tak abis.


yang ni, aku malas nak argue dah sebab aritu mak aku beria nak bagi hadiah bunga telur sebab lebih klasik kata mama kalau bagi telur. bunga telur nak buat sendiri konon nak tunjuk maknya pandai buat bunga telur. sebagai anak yang begitu mengenali ibu sendiri, haruslah aku bantah hahahahha menyusahkan aku nanti percayalaaahhhhh. end up dia nak tuala pulakkkk adoi mak macam-macam la hihihi. aku cuma diam, dan mak aku membuat pernyataan yang aku rasa pasti dia menyesal yakni dia nak sponsor hahaha. aku diam je malas nak layan. benda takde depan mata, gaduh pun tak guna. so far status menatang ni masih tak diketahui dan aku pun tanak cari pasal dengan bertanya hahaha.

aku fikir back up plan, just in case cadangan muffin aku ditolak lagi, aku nak pergi kamikaze ke ikea dan merembat cawan untuk dijadikan gift. aku fikir, beli cawan, wrap dengan kain net, letak tag. 


kebetulan aku nak ke jakarta setakat net tu berapa sen lah sangat aku boleh borong hihihihi. dah kalau betol omongan mama kata ada orang nak sponsor telur, aku nak make sure tukang sponsor tu rebus siap-siap bahahaha demand betul dahla orang nak bagi free. yela, at least aku boleh terus campak dalam cawan tu kennnn dasar pemalas hahaa.

seriously, aku banyak kerja. sibuk sangat. jadi carikla solution murah dan tak makan masa. nak pilih doorgift pun makan masa berbulan still cannot decide. aku nak buat semua last minute - nak tengok cukup tanah ah nanti nak terkejar sana sini hahahaha.

esok kita uruskan baiti jannati okay. more excited with this than wedding prep. pfffttt.