Thursday, July 18, 2013

progress persiapan hari gilang gemilang.

ecewah tayah nak gilang gemilang sangatlahhhh. hihihi.

so far aku rasa persiapan bergerak lancar. alhamdulillah semuanya dipermudahkan. tema adalah caca merba tapi as long as my mom is happy, i'm happy.

there were times aku stress jugak pasal persiapan kahwin ni. but mostly it was very much influenced by my hormone. orang nak datang bulan memang emosi macam najis sikit hahaha. aku lega jugak sebab myotherhalf sangat supportive. ada la gak time-time tak supportive tapi dapat ditangani dengan sabar bahahaha.

regarding bridal, aku dah pasrah dah. entah, nak salahkan limited choices kat bridal tu pun macam tak patut. yela, aku gemuk. pegila mana bridal pun sure susah carik baju sobbbsss. dan mengenangkan orang sponsor, takkan kau nak demand-demand nak survey butik lain pulak kannnn. maka redha jela dan mengharapkan everything will turn out to be fine. 

aku concern pasal mekap ni. mata aku sepet, muka aku bulat, hidung aku tak mancung sangat. mampukah aku kelihatan anggun nanti? mekap nikah akan dilakukan oleh adik aku yang mood tak menentu tu. mamposss kalau tetiba dia emosi di hari majlis hahahaha. mekap resepsi dan tandang adalah dari butik penanten, juga disponsor bakal biras. untungkan? hohohoho.

kad kahwin dah siap two weeks ago. tapi sebab memang dah plan nak start distribute bulan raya, maka aku rileks je tak buat list lagi hahahah. hampeh kennnn. aku suka kad kahwin aku. sangat puas hati dengan service and harga. berlaku sedikit penjimatan sebab map myotherhalf draw sendiri. walaupun bila print macam pecah sikit gambar tu, aku okay je. buat apa nak semakkan otak fikir beria untuk benda yang towards the end, ke tong sampah jugak perginya. 

baju nikah aku dah hantar jahit. kalau ikut harga yang dibilkan, telan air liur jugakla hahahah. tapi bila fikir yang itu harga dua pasang baju, aku rasa macam okay je. aku harap mereka jahit okaylah. penting tu dua-dua baju tu. oo baju nikah satu je, tapi lagi satu tu adalah baju resepsi tak jadi. aku plan nak pakai malam kenduri aqiqah, the night before majlis belah lelaki. tudung tak cari lagi. haiyo masih takde idea nak buat tudung acane. masa nikah aku nak simple aje. konon biar nampak suci bahahaha.

borang masih dalam proses. pening bila suruh buat online tapi server hampeh. plus takde guideline langsung. test hiv dah buat. entah so far aku tak rasa berdebar lagi nak kahwin walaupun we have less than 2 months. rasa macam sangat tenang. biarlah rasa ni kekal sampai hari majlis. amiiiiiiiin.

doorgifts masih sebuk packing. sian mama. tapi she is a perfectionist. susah nak lepas QC beliau. end up dia buat sorang huhuhu. langsir bilik pengantin tak jahit lagi. akan diusahakan weekend ni. aku nak buat simple je janji kemas. sebenarnya misi nak kemas bilik mama tu supaya lepas ni lebih selesa buat dia. so saja buat alasan yang aku nak bilik pengantin padahal bukan kisah sangat pun.

gubahan hantaran tak mula lagi. mama plans to do bunga telur. omg macam banyak lagi je tak buat ni. shall list down apa benda tak setel lagi ni hewhewhewww.

btw, aku dah cross out kompang dalam list. pakai cd jela gamaknya hahahah. jimat jimat jimat.

pengapit dah ada. yang lelaki tak dijumpai lagi. aiyooooo pening la wehhh. harap semuanya okay. 

dah, nak cuba study. cuba jela. hahahah. 


Thursday, June 27, 2013

doorgift yang menjadi pilihan.

selepas berhempas pulas bertegang urat berbulan-bulan memikirkan apa nak bagi kepada tetamu ketika majlis resepsi, akhirnya selesai juga. on the day we (me and my mom) almost bought what we had planned earlier, aku tiba-tiba rasa macam nak survey chow kit; nak tengok what it has to offer. banyak blog aku baca kata kat sana banyak barang murah. so with the empty mind and not knowing what we could find, aku pun pergilahhhh. 

mak aku memang dah tahu, tapi dia kata in the end it is up to me to decide. so dia bagi je aku wandering around. nak jadi cerita and rezeki pengantin bajet (aku la tuh haha), aku masuk this one kedai yang instantly aku jatuh cinta sebab kedai dia very neat i tell you. kemas, bersih, tersusun and ada great discounts! tu wajib la kan dah kata bajet hihihi. masa masuk kedai, terpamer depan entrance barang-barang yang konon super bargains la kan. aku dah terpikat this one item tapi bila tanya stok takde so kena campur-campur design. tawar sikit hati tapi masih terasa nak beli. sambil tu kami round dalam kedai, i found something which i think is practical cuma harga dia over the budget.

muka sememeh je pegi dekat cashier tanya, kalau beli banyak boleh diskaun tak? dia kira-kira, end up harga dapat ikut bajet asal. terus make the purchase hihihi dalam sehari settle hal doorgift. aku happy, mama pun happy. kami bayar extra RM30 mintak dia hantar ke rumah sebab total ada dalam 7-8 kotak memang tak mampulah nak bawa dengan kereta sebab berat kennnn. a week later, barang sampai and kami pun happy je hihihi.

nanti aku letak gambar. for now aku tak transfer lagi. dah mengantuk. esok kalau sempat will blog about bridal yang ditaja bakal biras. hik3 rezeki nak kahwin. 

nite peepsss.

persiapan menjelang hari nak jadi bini orang. hah!

orang kata, kalau sudah jodoh segalanya mudah. so far persiapan bergerak lancar. ecewah dah macam laporan trafik hihihi. meh nak update list.

1. Tentukan tarikh nikah, resepsi & tandang - done.
2. Booking dewan - done.
3. Booking MUA (Nikah) - khidmat adik sendiri.
4. Booking MUA (Resepsi) - bakal biras sponsor.
5. Booking Jurugambar (Nikah) - khidmat bakal abang ipar.
6. Booking Jurugambar (Resepsi & Tandang) - khidmat bakal abang ipar.
7. Booking catering Nikah - done.
8. Booking catering Resepsi - done.

-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Lokasi nikah - rumah mama.

2. Lokasi Resepsi - dewan.
3. Tema Nikah - done.
4. Tema Resepsi - done.
5. Tema Belah Perempuan - done.
6. Tema Belah Lelaki - done.

-------------------------------------------------------------------------------------------


1. Barang hantaran untuk perempuan - done, except sireh junjung and mas kahwin.
2. Barang hantaran untuk lelaki - done, except kek, buah and sireh junjung.
3. Cincin kahwin - done.
4. Baju Nikah - dalam proses jahitan.
5. Baju Resepsi - bakal biras sponsor. 
6. Baju Tandang - bakal biras sponsor.

-------------------------------------------------------------------------------------------


1. Booking tok kadi - belum.

2. Doorgifts - dalam proses packaging. 
3. Selesaikan dokumen rasmi - belum.

------------------------------------------------------------------------------------------- 


1. Tempah the invitation cards - done.

2. Tentukan pengapit untuk resepsi - buntu.
3. Tentukan pengapit untuk tandang - my other half's cousin.
4. List jemputan - tak mula pun. 

-------------------------------------------------------------------------------------------


1. Get tudung nikah/veil ready - not yet. tunggu baju siap.

2. Plan honeymoon - perlu ke? hahaha.
3. Tukang buat hantaran - mama je hihi.

-------------------------------------------------------------------------------------------


1. Make up bilik pengantin - baru beli cadar. santikkkkk hihi.

2. Tulis nama di invitation card -kad takde nak tulis menda hahaha.
3. HIV test - belum.
4. Hantar borang permohonan kahwin -belum.

-------------------------------------------------------------------------------------------

banyak nak cerita pasal items yang dah settle. tapi later la bila rajin hihihi. 

Thursday, June 13, 2013

cerita bakal pengantin.

lagi dekat tarikh nak jadi isteri orang, lagi banyak kerja pejabat big bos bagi. hangen tak? hua hua huaaaa. kerja melambak, assignment tak siap-siap (dah delay satu hari ni huhu), filing tak siap tagging, carry mark tak habis calculated lagi. dengggggg. 

hati aku dah tak keruan. asyik fikir perihal kerja kahwin. tu yang gatal update blog hahahaha.

bye.

Saturday, June 8, 2013

dugaan nak kahwin.

the time has come, finally. entah kenapa aku macam nervous gila hahaha. nervous nervous nervous. lagi nervous bila masa dah tak banyak. kerja pejabat is piling up. research work delay. haihhhhh. 

tadi dugaan. tapi aku anggap itu semua cabaran buat aku dan my other half nak kahwin. yela, orang kata somehow time darah manis ni cabaran macam-macam kan. panas asyik nak gaduh je la, asyik emosi la dan macam-macam. so far kami terkawal la lagi bahahhaahah. in fact, bertahun bercinta pun pada aku Alhamdulillah tak ada cabaran beria sangat bahagia happy je. mungkin ini la cabaran dalam menghalalkan relationship kami. ecewah positif tak? hahaha.

berhari-hari ni aku dok survey kad kahwin. aduhaiiiii apehal mahal sangat? hahahaha macam tak berbaloi je spend beratus untuk kad yang akan dibuang. still undecided tapi aku rasa aku dah tahu apa kot pilihan di hati. tungggguuuuu.

sekali lagi pasal gift.

tadi petang dah finalize everything. harap mama setuju. hahahahha. apa giftnya? rahsia. nanti aku cerita kemudian kalau rajin.

p/s: nak kahwin memang guna banyak duit. tapi kena yakin benda baik Allah permudahkan. chayok chayokkk. 

Saturday, June 1, 2013

things you don't say to a bride to be II

baru-baru ni aku balik kampung sebab sepupu kahwin. sibuk teramat, makan pun skip tidur pun tak. haiyooo inilah bala bila buat sesuatu tak ukur badan sendiri. but that's a different story la. yang aku hanginkan adalah keceluparan mulut jantan binawe ni dok malukan aku depan orang atas tiket konon bergurau. 

bergurau kepala abah kau la.

perlu ke malukan aku depan orang? buat gaya gemuk dan sound aku makan banyak. bloody hell kauuuu. lepas tu sentap bila aku sound balik bahahahha. amboi, kau main kasar boleh, apesal aku tak boleh?

ini kronologinya:

sepupu aku sangat teruja dia baked kek coklat; beria suruh aku makan. sebab aku busy maka aku bawak masuk dalam sebab aku nak amik kotak air mineral. takkan nak angkat kotak and makan at the same time kan? so aku makan la tepi kotak. dia boleh mulut babun sound aku 'hoiii tu diaaa dah gemok p makan banyak' sambil buat gaya muka tembam tangan dikembangkan gaya orang gemuk jalan. tak ke bahbi perangai tu. depan ramai orang tu bahbi bahbi bahbi aku menyumpah di dalam hati.

dengan tenangnya aku berkata, 'dalam islam ni, if we have nothing nice to say, say nothing at all. dah elok pakai kopiah, apa kata perangai tu behave ikut ajaran islam jugak'. sentap nokkksss muka dia. depan anak bini dia aku sound. kau apehal binawe sangat mulut.

darah menyirap naik kepala, panas telinga aku macam nak nangis sebab terlalu marah. dah menjadi perangai aku kalau marah aku akan diam, dan bawak diri ke tempat lain untuk bertenang. dia dok mai carik aku dok kata melawak la sorry la takkan tu pun nak terasa la. bahbi kan? as if kau rasa itu normal - menganjing fizikal orang tu bergurau ye? bukan bagi akula. 

memang depan-depan orang aku sound, 'kita ni bergurau jangan sampai tak ada adab. islam tak ajar pun mengaibkan orang. aku peduli hapa hang tua ka apa ka; adab tu bukan kira ikut umur, tapi akal. kalau takda adab, perkiraan mudah ja bagi aku. means hang takdak akai la. orang takdak akai ni aku tak perlu layan. buang masa'.

cousin aku lagi sorang konon nak jadi pendamai, nasihat aku suruh senyum dan terima je. toksah gaduh-gaduh. macam dia dok selalu buat. lagila aku menyirap. ini bukan masalah nak gaduh ke apa. ini bila kau membiarkan orang anggap perbuatan menghina itu normal. ini tak normal, okay. 

'kenapa aku kena menjaga adab aku, sedangkan dia yang sepatutnya beradab dalam bercakap? kenapa aku kena beradab bila dia menghina aku? kenapa aku kena beradab sedangkan orang mengguris hati aku? bukankah diorang yang patutnya ada adab? aku takkan terima salahlaku macam ni. kenapa aku kena biarkan hati aku sakit demi adab yang sepatutnya bukan bermula daripada aku?"

kita dah terlalu biasa disuruh bersifat sopan, tidak melawan hatta maruah kita diperkotak katikkan. bukan aku, okay. aku belajar - hormat datang secara dua hala. bila ada benda tak kena dalam hidup kita, kita patut selidik diri dulu bukan salahkan Tuhan membabi buta. sama juga bila ada yang tak kena dengan hubungan kita dan orang lain. perhatikan diri sendiri dulu bukan tuduh orang tak boleh terima gurauan kita.

kalau diberi pilihan, aku takkan jemput jantan bahbi tu. tapi apa boleh buat, sedara pun.

aku bilang sama my other half - adakah aku salah kerana aku mempertahankan diri aku? jawapannya mudah.

"if you don't stand for yourself today, people won't stop. they will do that to your children too. you nak macam tu?"

masyarakat kena tahu - tak cool langsung jenaka macam tu.
so lame.

anak, biar mak kena label rebel hari ini. tapi untuk membiarkan mereka menghina kamu - i won't let it happen. biar mereka tahu, adab itu perlu.

ecewaaahh anak pun takde lagi hahaha.

Friday, May 24, 2013

macam tak percaya.


Tak pernah pulak terfikir yang aku akan buat checklist ni hahahaha. tapi sejak dua menjak asyik lupa je, mungkin it helps jugak kot kalau ada. 

1. Tentukan tarikh nikah, resepsi & tandang - done except for tandang.
2. Booking tempat - done for resepsi.
3. Booking MUA (Nikah) - khidmat adik sendiri.
4. Booking MUA (Resepsi) - khidmat adik sendiri.
5. Booking Jurugambar (Nikah) - khidmat bakal abang ipar.
6. Booking Jurugambar (Resepsi & Tandang) - khidmat bakal abang ipar.
7. Katering Nikah - mama will handle.
8. Katering Resepsi - done. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Lokasi nikah - rumah mama.
2. Lokasi Resepsi - dewan.
3. Tema Nikah - done.
4. Tema Resepsi - done.
5. Tema Belah Perempuan - done.
6. Tema Belah Lelaki - masih belum diputuskan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Hantaran - baru selesai 2 daripada 7 harharhar.
2. Baju Nikah - dalam proses jahitan.
3. Baju Resepsi - tak fikir pun lagi ahahah.
4. Baju Tandang - dalam proses jahitan.
5. Survey kad kahwin (Patterns, jemputan) - survey dah, list jemputan belum.


-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Booking tok kadi - belum.
2. Doorgifts - in torn between two.
3. Selesaikan dokumen rasmi - belum.

------------------------------------------------------------------------------------------- 

1. Tempah the invitation cards - belum.
2. Tentukan pengapit untuk resepsi - tak nak fikir lagi.
3. Tentukan pengapit untuk tandang - tak nak fikir lagi.
4. List jemputan - tak mula pun. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Get tudung nikah/ veil ready - not yet. tunggu baju siap.
2. Plan honeymoon - perlu ke? hahaha.
3. Tukang buat hantaran - mama je hihi.


-------------------------------------------------------------------------------------------

1. Make up bilik pengantin - baru beli cadar. santikkkkk hihi.
2. Tulis nama di invitation card -kad takde nak tulis menda hahaha.
3. HIV test - belum.
4. Hantar borang permohonan kahwin -belum.


-------------------------------------------------------------------------------------------

kalau tengok list macam banyak je belum. tapi rilekssss. benda baik mesti okay. ecewaaahhh nasihat daripada bakal pengantin yang nak beli cadar pun kena sogok makan kek dua keping dulu hahahahah.

InsyaAllah dipermudahkan. nak bina masjid ni. Aminnnn.

p/s: tahniah sayang. selamat berkhidmat june ini. hihihi.

Tuesday, May 14, 2013

Sunday, May 12, 2013

jakarta dan bandung.

went to jakarta and bandung last week. capek! 

ulasan ringkas tentang jakarta - tak best sangat hahaha. bandung barangnya lagi murah dan orangnya lagi mesra. 

kain sudah dibeli. hazabedah mencari yang hampir sama dengan my other half punya. kain beliau dibeli di dubai - kain bandung tak ada yang macam tu huhuhu. at last, aku cari yang more or less je. pasrah. 

bila balik hati macam tak happy hahahah. salahkan kain tak cantik pulak. padahal memang aku ada love-hate relationship dengan kain satin. aku tak gemar kain berkilat huhu. tapi my other half kata okay je. tengoklah macam mana huhuh.

esok lusa nak hantar pergi tailor. masih undeciced pasal nak hantar pada siapa. lepas pengalaman buruk dengan tailor baru-baru ni - terus trauma hahaha. oh oh mohon diberi petunjuklaahhh~