Thursday, August 1, 2013

pejabat agama islam daerah hulu langat.

antara cabaran nak kahwin adalah mendapatkan kebenaran nak berkahwin. tambah lagi sekarang selangor dah guna online form, and the server is not helpful at all. asyik offline je pfffttt. lepas tu arahan apa tak ada, guideline isi borang pun tak ada. maka kami seperti orang buta meraba-raba cuba juga nak isi borang hahahaha. 

aku sampai tahap sanggup call sana sini, google sana sini merata jugakla cari maklumat. last-last call ppn tanya pasal borang 2d tu; perlu ke tak aku letak nama dia siap-siap or boleh tulis kemudian menggunakan tangan atau kaki atau apa sahaja la heh. hal ppn pun satu hal jugak. kena reject mula-mula lepas tu bermulalah misi ppn hunting hihihi. mujur jugak dapat dan dia pun pasrah je melayan soalan-soalan aku. bagus imam, i loike.

dalam borang tu, aku isi apa yang wajib je. pekerjaan dan gaji tak letak pun sebab tak mau riak ecewaaahhh. tak, hakikatnya aku memang tak suka people know such thing. aku rasa macam my privacy is breached. settle hal borang aku, so aku masih menanti borang pihak lelaki. ini pun masalah jugak. masjid terdekat is UKM, tapi masjid tu takde ppn. ah sudaaahhh. merata aku google pun tak dapat jawapan. masih tak ketahuan mana nak cari ppn, kami sepakat nak terjah PAID hulu langat sebab call memang tak berangkat. talian banyak tapi yang boleh call ada satu je. 

terjah PAID hulu langat yang katanya kat kajang, terkejar-kejar time lunch. konon tepat pukul 2 nak terus masuk pejabat nak tanya la so tak la kami masuk office lambat sangat. end up sampai sana ada banner kata dah berpindah ke seksyen 15 bangi. pfffftttt. lagi dekat dengan office kot. no wonder la call tak pernah pick up. harap jais or paid boleh la update website, okay. tidaklah menyusahkan orang macam kami ni huhuhu. kami terus decide mencari paid dekat seksyen 15. again, alamat macam tak berapa tepat. tak jumpa pun dekat seksyen 15. in fact, that area is kind of separated dari seksyen 15. balik lah kami dengan penuh rasa hampa.

reached office, terus google. rupanya it's the new building belakang sekolah agama integrasi dekat ana ikan bakar petai. kalau dari warta tu, immediate left after traffic light. dahlah betul-betul lepas traffic light, tajam plak masuknya tu, and jalan berlubang. adoyaiiiii malaysia why so bad la.

the next day we went again, tapi pejabat tutup. will only open at 2.15. so terpaksa la pusing sana sini dulu buang masa. cukup masa, went in - clueless. counter pertanyaan ada, orang takda so we didn't know how to address pertanyaan siapakah ppn the other half. yang dia sediakan cuma file di sudut hujung, with nobody at the table. how should we know; siapa ppn for sungai tangkas residents?

no phone numbers displayed. we took few numbers with the hope they could help. tapi dalam hati aku dah tergerak yang memang confirm kena reject semua tu. yela, duduk sg tangkas - dah apa jadah amik no ppn bangi lama and seksyen 9. jauhhh tu hahaha.

on the way out, tepi jalan nampak ada banner saying 'paid berpindah di sini' (more or less la macam ni cant remember the exact banner). and ada no phone. i asked my other half to stop so i could take the number; which thank god balik tu aku call and asked terus that person. so yeah, dah dapatlah no ppn tersebut. 

esok will be the day my other half will go hunt ppn tu hahaha. selamat la tok imam oiii.

to those yang nak number PAID Hulu Langat, here it is: 03-89221329. Hope this will help bakal pengantin daerah hulu langat supaya tak kesesatan kelaut macam kami hahaha. and tak perlulah uols datang paid tu semata kan. boleh call je. but please be reminded, diorang lambat jawab call. i mean really lambat okay.

bersabarlah! heh.

1 comment:

  1. owh thanks for this entry PAID hulu langat pindah rupanya..thanks!

    ReplyDelete