Thursday, June 27, 2013

doorgift yang menjadi pilihan.

selepas berhempas pulas bertegang urat berbulan-bulan memikirkan apa nak bagi kepada tetamu ketika majlis resepsi, akhirnya selesai juga. on the day we (me and my mom) almost bought what we had planned earlier, aku tiba-tiba rasa macam nak survey chow kit; nak tengok what it has to offer. banyak blog aku baca kata kat sana banyak barang murah. so with the empty mind and not knowing what we could find, aku pun pergilahhhh. 

mak aku memang dah tahu, tapi dia kata in the end it is up to me to decide. so dia bagi je aku wandering around. nak jadi cerita and rezeki pengantin bajet (aku la tuh haha), aku masuk this one kedai yang instantly aku jatuh cinta sebab kedai dia very neat i tell you. kemas, bersih, tersusun and ada great discounts! tu wajib la kan dah kata bajet hihihi. masa masuk kedai, terpamer depan entrance barang-barang yang konon super bargains la kan. aku dah terpikat this one item tapi bila tanya stok takde so kena campur-campur design. tawar sikit hati tapi masih terasa nak beli. sambil tu kami round dalam kedai, i found something which i think is practical cuma harga dia over the budget.

muka sememeh je pegi dekat cashier tanya, kalau beli banyak boleh diskaun tak? dia kira-kira, end up harga dapat ikut bajet asal. terus make the purchase hihihi dalam sehari settle hal doorgift. aku happy, mama pun happy. kami bayar extra RM30 mintak dia hantar ke rumah sebab total ada dalam 7-8 kotak memang tak mampulah nak bawa dengan kereta sebab berat kennnn. a week later, barang sampai and kami pun happy je hihihi.

nanti aku letak gambar. for now aku tak transfer lagi. dah mengantuk. esok kalau sempat will blog about bridal yang ditaja bakal biras. hik3 rezeki nak kahwin. 

nite peepsss.

No comments:

Post a Comment