Saturday, June 1, 2013

things you don't say to a bride to be II

baru-baru ni aku balik kampung sebab sepupu kahwin. sibuk teramat, makan pun skip tidur pun tak. haiyooo inilah bala bila buat sesuatu tak ukur badan sendiri. but that's a different story la. yang aku hanginkan adalah keceluparan mulut jantan binawe ni dok malukan aku depan orang atas tiket konon bergurau. 

bergurau kepala abah kau la.

perlu ke malukan aku depan orang? buat gaya gemuk dan sound aku makan banyak. bloody hell kauuuu. lepas tu sentap bila aku sound balik bahahahha. amboi, kau main kasar boleh, apesal aku tak boleh?

ini kronologinya:

sepupu aku sangat teruja dia baked kek coklat; beria suruh aku makan. sebab aku busy maka aku bawak masuk dalam sebab aku nak amik kotak air mineral. takkan nak angkat kotak and makan at the same time kan? so aku makan la tepi kotak. dia boleh mulut babun sound aku 'hoiii tu diaaa dah gemok p makan banyak' sambil buat gaya muka tembam tangan dikembangkan gaya orang gemuk jalan. tak ke bahbi perangai tu. depan ramai orang tu bahbi bahbi bahbi aku menyumpah di dalam hati.

dengan tenangnya aku berkata, 'dalam islam ni, if we have nothing nice to say, say nothing at all. dah elok pakai kopiah, apa kata perangai tu behave ikut ajaran islam jugak'. sentap nokkksss muka dia. depan anak bini dia aku sound. kau apehal binawe sangat mulut.

darah menyirap naik kepala, panas telinga aku macam nak nangis sebab terlalu marah. dah menjadi perangai aku kalau marah aku akan diam, dan bawak diri ke tempat lain untuk bertenang. dia dok mai carik aku dok kata melawak la sorry la takkan tu pun nak terasa la. bahbi kan? as if kau rasa itu normal - menganjing fizikal orang tu bergurau ye? bukan bagi akula. 

memang depan-depan orang aku sound, 'kita ni bergurau jangan sampai tak ada adab. islam tak ajar pun mengaibkan orang. aku peduli hapa hang tua ka apa ka; adab tu bukan kira ikut umur, tapi akal. kalau takda adab, perkiraan mudah ja bagi aku. means hang takdak akai la. orang takdak akai ni aku tak perlu layan. buang masa'.

cousin aku lagi sorang konon nak jadi pendamai, nasihat aku suruh senyum dan terima je. toksah gaduh-gaduh. macam dia dok selalu buat. lagila aku menyirap. ini bukan masalah nak gaduh ke apa. ini bila kau membiarkan orang anggap perbuatan menghina itu normal. ini tak normal, okay. 

'kenapa aku kena menjaga adab aku, sedangkan dia yang sepatutnya beradab dalam bercakap? kenapa aku kena beradab bila dia menghina aku? kenapa aku kena beradab sedangkan orang mengguris hati aku? bukankah diorang yang patutnya ada adab? aku takkan terima salahlaku macam ni. kenapa aku kena biarkan hati aku sakit demi adab yang sepatutnya bukan bermula daripada aku?"

kita dah terlalu biasa disuruh bersifat sopan, tidak melawan hatta maruah kita diperkotak katikkan. bukan aku, okay. aku belajar - hormat datang secara dua hala. bila ada benda tak kena dalam hidup kita, kita patut selidik diri dulu bukan salahkan Tuhan membabi buta. sama juga bila ada yang tak kena dengan hubungan kita dan orang lain. perhatikan diri sendiri dulu bukan tuduh orang tak boleh terima gurauan kita.

kalau diberi pilihan, aku takkan jemput jantan bahbi tu. tapi apa boleh buat, sedara pun.

aku bilang sama my other half - adakah aku salah kerana aku mempertahankan diri aku? jawapannya mudah.

"if you don't stand for yourself today, people won't stop. they will do that to your children too. you nak macam tu?"

masyarakat kena tahu - tak cool langsung jenaka macam tu.
so lame.

anak, biar mak kena label rebel hari ini. tapi untuk membiarkan mereka menghina kamu - i won't let it happen. biar mereka tahu, adab itu perlu.

ecewaaahh anak pun takde lagi hahaha.

No comments:

Post a Comment