Saturday, January 26, 2013

laporan emosi semasa.


sejak dua menjak dah kengkonon confirm nak kahwin ni, aku rasa aku antara pengantin yang bertenang dan masih belum menjadi bridezilla. persiapan super slow, sedikit pun aku tak ada detik kerisauan tak sempat ke apa ke hahaha berlagak kan? esok-esok ku tak tahu laaaa.

so far yang aku tahu, mama dah panggil tailor datang ukur untuk langsir. tu pun kain tak bagi lagi. hantaran, masih tiada yang pasti. yang aku tahu, my other half punya warna tema dah ada; and i already have the idea nak deko macam mana. yang aku punya masih blur-blur. tapi tak risau dan tak kalut sebab mama adalah penggubah hantaran hehehe.

dua tiga hari ni, aku asyiklah emosi. almaklumlah si bulan mengambang hewhewhew. aku cakap pada my other half, aku tahu aku dahlah paksa dia kahwin, dia stress sangat dah pasal tu. kedua, tetiba nak ada pelaminan bagai ni. siap dia perli melawak-melawak lagi buat gaya terkudut konon nak kena tepung tawar. geraaammm comel sangat tau hahaha.

walaupun kadang my other half tensi dengan paksaan aku kena kahwin jugak tahun ni, bagusnya dia tak verbal sangat hahaha. aku la pulak yang rasa bersalah. knowing him aku tahulah dia stress walaupun dia tak cakap. maaf awak. 

dah tak tertanggung bosan dan sunyi when he's not around. blame me, aku memang dah gatai sangat nak berlaki. 

hahahahaha.


No comments:

Post a Comment