Monday, March 18, 2013

door gift or doorgift?

aku tak tahu ejaan mana yang betul. perbuatan memberi cenderahati atau buah tangan ni aku notice macam satu amalan dalam masyarakat kita. since aku tak pernah attend weddings of other races and religions, so tak tahulah hehehe.

aku pun sebagai bakal pengantin tak terkecuali dalam memeningkan diri untuk decide apa nak diberikan kepada tetamu. cuma satu keputusan yang pasti, aku kena kekang bajet sebab bajet memang ciput hohoho. dan aku memang suka challenge myself - aku aim doorgift tak lebih seringgit. hohoho kemut ke aku? ye, for some people memang aku kelihatan kedekut tapi tahukah kalian makanan tu aku tak cas kat korang pun kof kof koffffff. 

asalan idea aku adalah untuk memberikan jar yang diisi kacang sebab bersifat universal. in fact, aku dah siap email kilang minta quotation dan harga memang menepati citarasa.


harga cuma rm0.70. tetapi selepas aku berfikir panjang tentang kos kacang, sticker dan riben - zassssssss aku cancel hohoho. takpelah, walaupun aku mengidam nak buat menatang ni sebagai doorgift, aku kena sedar diri bahawa bajet ciput hahahah.

yang kedua, adalah menempah muffin daripada kenalan my other half. 


harga confirm tak lebih bajet. selama beberapa bulan aku berjaya menetapkan hati dan akal fikiran sebab fikir mudah, aku tak perlu fikir tahu-tahu dah siap semua. 

tapi mak aku sedikit menentang dia kata nanti berkulatlah simple sangat lah. aku orang muda, haruslah aku nak simple dan JIMAT hahahahaha. tapi tidak bagi mak aku. beliau berjaya buatkan aku stress seminggu lepas dengan menyatakan nak kirim kat akak aku yang ke bandung tuala muka pulak. katanya boleh start awal mendeko menatang tersebut dan tak perlu risau kalau gift tak abis.


yang ni, aku malas nak argue dah sebab aritu mak aku beria nak bagi hadiah bunga telur sebab lebih klasik kata mama kalau bagi telur. bunga telur nak buat sendiri konon nak tunjuk maknya pandai buat bunga telur. sebagai anak yang begitu mengenali ibu sendiri, haruslah aku bantah hahahahha menyusahkan aku nanti percayalaaahhhhh. end up dia nak tuala pulakkkk adoi mak macam-macam la hihihi. aku cuma diam, dan mak aku membuat pernyataan yang aku rasa pasti dia menyesal yakni dia nak sponsor hahaha. aku diam je malas nak layan. benda takde depan mata, gaduh pun tak guna. so far status menatang ni masih tak diketahui dan aku pun tanak cari pasal dengan bertanya hahaha.

aku fikir back up plan, just in case cadangan muffin aku ditolak lagi, aku nak pergi kamikaze ke ikea dan merembat cawan untuk dijadikan gift. aku fikir, beli cawan, wrap dengan kain net, letak tag. 


kebetulan aku nak ke jakarta setakat net tu berapa sen lah sangat aku boleh borong hihihihi. dah kalau betol omongan mama kata ada orang nak sponsor telur, aku nak make sure tukang sponsor tu rebus siap-siap bahahaha demand betul dahla orang nak bagi free. yela, at least aku boleh terus campak dalam cawan tu kennnn dasar pemalas hahaa.

seriously, aku banyak kerja. sibuk sangat. jadi carikla solution murah dan tak makan masa. nak pilih doorgift pun makan masa berbulan still cannot decide. aku nak buat semua last minute - nak tengok cukup tanah ah nanti nak terkejar sana sini hahahaha.

esok kita uruskan baiti jannati okay. more excited with this than wedding prep. pfffttt.

No comments:

Post a Comment